FIN!
Intro
Salamzzz.....
I dont know where to start in this blog. So aku ambik keputusan... just write in whatever yang terlintas di fikiran... So pasrah abadi je la ek dengan apa yang aku tulis....
I dont know where to start in this blog. So aku ambik keputusan... just write in whatever yang terlintas di fikiran... So pasrah abadi je la ek dengan apa yang aku tulis....
* You & Me -> Them *
October 19, 2008
Minum petang di YIK MUN (The Famous Tanjung Malim Pau)
Nak tau we all ke mana?? We all melencong ke YIK MUN the famous Tanjung Malim Pau). Selain Aufa, Azuan & Bro Uzzey pon ada gak sebab dorang car pool ngan Aufa. Dalam kenyang la kononnya sebab makan banyak kat umah Kak Ita tadi... tapi, bila pau dah di depan mata.. memasing.. sindri mau ingat laa ... pau dia memang Yummy!!! Especially Pau Daging & Pau Ayam... I likeee!!... siap tapau lagi tau.... I'm sure I'll come back soon for the Pau! 
FIN!
Open House Ala-ala Kampung! Best!!
Hari ni as per planned since last week, we all ( refer to my & ex- officemate Yusry & partner, Azim & partner, K. Azwa & family, K. Bada & family, Aufa, Azuan & partner Uzzey, Sulaiman & Salman. AKu plak pergi satu family + Lenda) pergi beraya kat umah Kak Ita di Behrang Station, Behrang. Sesampai je kat sana aku tengok... penuh satu meja makanan ala-ala kampung. Ada ikan talapia goreng, ikan keli goreng, yang masak lemak cili api pon ada, pecal, ikan cencaru masak cili sumbat, kari daging campur umbut pisang... wah!!!!! tak hengat sumer yang datang makan.. memang heaven.. terbayang2 sumer makanan tu skang ni. huu..huuu....
Lepas abis makan, rehat jap beborak ngan dorang sambil merenggangkan pewot yang dah agak ketat. Tak lama pastu we all sumer membuat lawatan secara berirama ke kolam ikan K. Ita. Dia ada buat kolam ikan talapia & ikan keli. Sempat gak la darling ku memancing. Dapat gak 2-3 ekor ikan. Walau pon cuaca tersangat panas dan berpeluh tak ingat... we all sumer really enjoy the moment... Yang masa sampai sumer muka cecomel & anggun.. dah berpanas kat tepi kolam tu.... yang comel jadi comot, yang anggun dah macam unggun gak! ahakz!!!
Dah puas kat kolam and Zarra pon dah start meragam kepanasan & kepenatan. So aku pon beransur ke umah K ita. Sementara tunggu kengkawan lain balik dari kolam tu aku sempat la tidokan Zarra & menikmati lempeng pisang & cekodok yang kak Ita buat. Another YUMMY!!!!
We all depart dari umah Kak Ita dalam pukul 5 lebih petang. To Kak Ita & family, thank you so much the very nice treat. tapi aku tak terus balik KL... ke mana bacala the next post....
October 13, 2008
Cinta ke? Bila....
Cinta ker? Bila ...
Anda rasa berpeluh2, berdebar2 & sukar untuk berkata2 bila berdepan dgn si dia?
Tu bukan cinta,tapi SUKA ...
Anda pilih si dia coz si dia sentiasa berada di sisi?
Tu jugak bukan cinta, tapi KESEPIAN ...
Anda sanggup bersama dia coz rasa bertanggungjawab?
Tu bukan cinta, tapi KESETIAAN ...
Anda terima kesilapan si dia kerana anda rasa caring?
Tu bukan cinta, tapi PERSAHABATAN ...
Anda bagitau yang si dia satu-satunya insan yg disayangi?
Tu bukan cinta, tapi PEMBOHONGAN ...
Anda sanggup tinggalkan ape je minat anda demi si dia?
Tu bukan cinta, tapi sekadar AMAL ...
Adakah cinta namanya kalau anda terima si dia atas sebab tak nak melukakan?
Bukan,tu namanya SIMPATI ...
Dah tu CINTA??
Tepuk dada, tanyalah hati…
October 6, 2008
BBQ on 2nd Hari Raya 02/10/2008
Malam Raya kedua we all buat BBQ yang dah menjadi kemestian every raya. As usual makan yang sangat happening, kambing dua ekor, pelbagai jenis ikan yang aku tak berapa tau namanya etc. Kebetulan the next day birthday anak sedara aku, Aizat. So we all planned nak kenakan dia kaw-kaw punya... tak caya tengok laa.... Happening bila sumer dah berkumpul. So tepat jam 12.ooam....tak hengat dia kena baling telur ngan tepung.. huu..huu..huu.. Takkan dia nak marah kan? Ucue dia yang do the ceremony (pemecahan telur).. Ahakz..
Hari Raya Pertama
Syukur Alhamdulillah, berjaya aku menunaikan ibadah puasa dan masih dapat aku menikmati suasana hariraya. Tahun ni aku beraya berempat dan 1st time Zarra sambut hari raya. Agak kelam kabut gak la nak siapkan Damia & Zarra. Lepas siap kemas umah aku siapkan anak-anak dara sunti ku. Sementara darlingku pergi sembahyang raya, aku tolong emak prepare juadah untuk santapan kami sekeluarga. Petang skit sumer adik beradik aku yang ada berkumpul... Sempat gak la posing- posing maut lepas acara bermaafan. bagi yang banyak dosa tu bertangis-tangisan la.. aku syahdu skit je... sebab dosa kat dorang cuma suam-suam kuku jek.. ahakz!
Suamiku tercinta
Bondaku tercinta
Ayahandaku tercinta
Damia yang kepenatan
Bersama Zarraku sayang
Sistersku tercinta
Anak2 buahku
Aku
Juadah Hari Raya

" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
Hari Raya Aidilfitri Eve
Malam tu aku final touch kemas umah. Ye la kan, memang setiap hari raya kerja kemas umah, pasang langsir memang tugasan aku. Aku allergy skit dok kat dapur. Dalam2 allergy pon sempat gak la aku prepare bahan-bahan utk masak lodeh esok pagi.Tapi semenjak dah masuk alam rumahtangga ni.. kena gak ke dapur. huu..huuu. Sian plak tengok mak aku buat kerja sesorang, so tolong la buat apa-apa yang patut. Menu Hari Raya tahun ni Ayam masak merah, ketupat, Lodeh & kuah kacang. Kakak ngan abang aku yang dok area Johor normally pagi raya baru sampai. Tapi malam raya tu dorang lepak la kat umah mak sambil tolong masak ketupat sampai pukul 2-3 pagi. Kak Long & Kak Anne x balik raya tahun ni. Lenda plak malam raya baru sampai sebab dia kerja. Yea- yea esok raya.
Hasil kemasan ku...
Balik Kampung... O oo Balik Kampung!
Sunday-Sept 28, 2008. Around 12.30 noon, aku start journey balik kampung. Klu slalu balik beg baju cuma 2 biji je. but this time 4 biji beg. Tu baru 2 anak .. beg2 sampingannya plak usah di kata. Jalan Utara - Selatan clear. So takde la tension nak hadapi jam. Isshhh tak sabar nak jumpa mak. Windu sangat. Ramai orang balik kampung hari sabtu kot. Dalam pukul 3.30 pm aku sampai kampung ku tercinta Ayer Hitam, Batu Pahat Johor. Sampai je.. rehat jap pastu aku ajak darling ku pergi beli lauk berbuka posa.. excited tu nak buka puasa ngan bonda. Petang tu we all berbuka puasa ikan goreng, sambal tumis sotong, sayur hasil air tangan aku tau... Malam tu abang aku yang no. 2 sampai dari Kelantan, happening umah. Ntah pukul berapa kita orang tido.. ye la.. lama tak jumpa.
September 25, 2008
Buka Puasa Gathering at Intai-Intai Restaurant
Hari ni office mate aku arrange buka puasa gathering kat Intai-Intai Restaurant. Very nice place decoration ala-ala balinese gitu kat tengah area makan tu ada kolam. The food so yummy, varieties gak, ada Nasi Dagang, Tomyam, Daging & Ikan Keli Bakar etc. Tak sangka plak kat are Jalan MRR2 Ulu klang tu wujudnya restaurant yang agak chantiq & quite happening la. Best gak sesekali buat gathering macam ni.. boleh mengeratkan Silaturrahim. Aku pergi bawak Iman. Darling aku tak follow, jaga Zarra kat umah. Kak Bada bawak anak-anak dia gak. Aku pergi tadi car pool ngan Maziah, Kak Bada & Hana. 




Subscribe to:
Posts (Atom)
