Intro

Salamzzz.....

I dont know where to start in this blog. So aku ambik keputusan... just write in whatever yang terlintas di fikiran... So pasrah abadi je la ek dengan apa yang aku tulis....

* You & Me -> Them *

July 28, 2008

Visit my cousin

Dareen AdrinaPetang tadi, after lunch darling I ajak pergi visit my cousin Alin at Bukit Jalil yang gave birth her 2nd baby 3 months ago. Heee...heee.. anak dia dah 3 bulan baru aku nak pegi tengok. Ala takpe la... atleast aku tengok gak. Rumah dia jauh, tu yang asyik delay je nak pergi.... dari sehari ke sehari. At last sampai gak umah dia hari ni. Dah besar anak dia. Tengok la kat atas.

Talib Si Ikan Laga

Last Thursday aku beli ikan laga untuk bela kat office. Aku share beli & bela wiz my friend Azuan. Actually lain yang aku nak bela but lain yang aku bela. My hubby brought back pokok periuk kera yang di tissue culturekan. Aku ingat bleh keep, using gel. So I asked Azuan to bring the glass container. Rupanya pokok tu kena pakai tanah gak. So Change to plan B... Bela la Si Talib ni. Kenapa namanya Talib? Aku pon tak tau... tetiba terlintas di fikiran.. comel gak klu namakan dia talib.... Nama penuh dia Taliban. Cute kan.... Huuu... huuu.... Nak letak nama korang.. kang korang marah plak... ye tak... Kebetulan aku xde kawan nama Talib... so sure takde salah sorang yang baca ni kecik ati ek... Tapi klu ada yang tersama nama tu, mahap je laaa... Ikan pon mulia gak kan!!! Moga Talib panjang umur & sihat sejahtera dibawah peliharaanku dan Azuan. Amin......

July 23, 2008

Zarra's Development

Some of her latest pix
Lepas baik dari sakit ni... Zarra dah semakin active. Oh ya! Semalam dia genap 5 bulan. Dia dah pandai meniarap & pusing 360 darjah. Kejap terlentang kejap terlungkup.... bila dah penat as usual la.... practice vocal plak... nangis... Dia pon dah pandai nak capai toys dia yang bergantungan kat playmate dia.... Syok la dah pandai gelak2 bila Damia main ngan dia....

Process meniarap
Berusaha kerasTanpa berputus asaArghhh... Skit lagiAkhirnya.... Usaha tangga kejayaan.You go girl!!!!

DAMIA & DISNEY PRINCESS COLLECTIONS

Glitter Graphics

" Nur Damia Iman" she's so obseses on Disney Princess collection such as Repunzel, Snow White, Sleeping Beauty, Cinderella, Little Mermaid, Mariposa, Magic Pegasus, Fairytopia (Magic Of The Rainbow etc. Aku pon x sure when she start admire it. Slalu klu dia main sesorang dia panggil aku Repunzel & Dia Mariposa.... Aku kekadang layan gak ... heee...heeee... Ye la mana dia ada kawan kat umah. So when we went out & saw princess sticker ke puzzle ke.. aku will buy for her sebab she knows how to take care of her stuff. Kira token for her la tu.....

Damia with some her Barbie/ Disney Princess Collection

Damia wz her Princess collection
Princess Clothes collection
DVD & CD collection
Sticker collection. (cupboard jadi mangsa tampalan)Wall border yang hanya panjang sedepa.Cologne & coin box

SOUR EYE

Aduhai...... dah dua hari aku kena sour eye... mata kiri ku..... gatalnya ya amat. Apalah nasib.. Macam-macam hal. One after another. Nak mc baru balik cuti plak. Ye la masa Zarra warded aku dah x keja. So tahan je la.... Officemate nanti kena jangkit? Biaq pi la dorang...... Heee..heeee... jahat tak aku? Ala aku rasa klu dorang kena jangkitan virus ku ini maybe dorang will thank me kot... Dapat la cuti2 melesia kat umah... Huu..Huuuu.... Malam tadi MyLove belikan Optrex Eye Drop for me. Lepas pakai kurang skit kegatalannya. Thank you sayang. Ingat nak amik gambar mataku yang sakit & upload kat blog ni.. tapi pikir balik, risau plak klu korang tengok mata aku tu .. kang berjangkit sakit mata tu... aku gak yang di persalahkan..... So aku decide biarlah ku tanggung derita ini..... mulianya tuan punya blog ni.... Jangan marahhhh.... K lah aku nak sambung keje... Nak cari rezeki yang halal.... Bubbyeeee....
"Unrest of spirit is a mark of life; one problem after another presents itself and in the solving of them we can find our greatest pleasure." - Kal Menninger

July 19, 2008

Belated Birthday Surprise!!!

My Birthday Cake (Black Forest)

Lupa nak story.. Semalam (Friday) My collegue buat small surprise lunch for my birthday. I'm so touched. Kak bada bawak Fried Macaroni. Hana bawak sandwich & Azuan brought a birthday cake. Best gak sebab ada gak orang yang ingat b'day aku... Ye la maybe nak celebrate lebih awal tapi keadaan x mengizinkan. aku cuti sebab anak aku kan sakit. its ok.. belated pon it still something right?!!! Teringat plak last year celebrate birthday lagi happening... Ada Kak Azwa & Fida. tapi skang dorang dah kat tempat lain. Anyway... Thank you guys susah payah buat sumer tu untuk aku yang comel ni... kononnya.... I do love you all. Sori la gambar cake je aku sempat amik. yang lain.... tak dan laaa... pewot dah lapo... tu yang lupa nak amik gambar lain...... Imagine je la benda2 yang aku sebut tadi ek........ Hee..heee

Welcome Home My Little Princess..

Zarra ngan Maktok tersayang. TQ maktok sbb jaga Zarra.

Sempat posing ngan abah sebelum kuar hospital.

Alhamdulillah.. pagi tadi aku call mak kat hospital. Good news... Zarra discharge today. Happy sangat hati ni. Semalam pon masa aku visit dia, dia dah nak main. Cuma merengek tu biasa laaa. Dalam pukul 1.00 pm tadi aku sampai hospital. Mak dah siap kemas barang2 sumer. Tak sabar nak balik la tu. Thank you mak. Kerana bersusah payah jagakan Zarra sepanjang dia di Hospital Selayang. Itulah kasih sayang seorang ibu. Tak cukup menjaga aku sampai dewasa.. anak aku plak dia jaga..... Tak kira anak sesapa pon... bila dengar je anak cucu dia sakit, dia lah orang pertama yang paling sibuk. Tapi kekadang kita ni sebagai anak selalu terlepas pandang terhadap orang tua kita. Sian mak..... Around 2.00 pm. Zarra Discharge.

"WELCOME HOME MY LITTLE PRINCESS"!!!

July 17, 2008

Zarra at Hospital Selayang

Zarra with Ummie. Cepat sihat ye sayang...
Maktok yang menjaga Zarra di Hospital Selayang.
Jangan menangis sayang....

July 16th, 2008
- Di Hospital Selayang bondaku yang jaga Zarra. Keadaan Zarra pon dah semakin baik. Dah boleh tidur nyenyak.
- Lepas admit kat Selayang Hospital Dr. just continue the antibiotic. Nak completekan sehingga 1 week. Blood test pon dah buat tinggal tunggu the result. Harap2 everything will be okay.
- Still pakai oxygen. Tapi dah start nak main, ketawa.... yang pasti bila aku visit dia semalam lepas abis kerja. Bila dia tengok je aku... terus sedih muka..... Rindu la tu.....
- Senang sikit hati ni bila dia dah beransur pulih. KEMBALI SENYUM ; D

Goodbye Batu Pahat Hospital & Thank You

July 15th, 2008

Today around 7.30 am nurse dah suruh aku get ready sbb ambulance dah tunggu. Sebelum depart Zarra di beri antibiotic. Aku depart dalam pukul 8.00 am. Sepanjang perjalanan aku sentiasa berdoa agar kami selamat tiba di Hospital Selayang dengan selamat tanpa ada sebarang halangan. Hujan lebat yang ku anggap hujan rahmat mengiringi kami di sepanjang perjalanan.


Thank You To....

- Thanks to all the Doctor & nurses yang merawat Zarra dari mula dia admitted hingga dia transfer. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
- Thanx to my family kak Nina, Abg. Zam & Kak Pin. Abg, Zaid & Kak Jue kerana visit Zarra. Lenda yang always beside me thanx for everything U know what is it. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Oh ya... Moga cepat dapat jodoh! Amin....
- Tak lupa Kak Choke & Abg, Carl sbb pinjamkan kete masa nak ulang Alik ke hospital. Thanx to sumer la ek. Yang x dpt nak datang tapi sentiasa call & sms thank you so much for the concern. My siblings ramai.. kalau x sebut nama tersentap plak. tapi klu naik tulis satu persatu nampak gayanya tak cukup column ni.
- To everybody yang call & sms beri support. Thanx so much.
To all yang visit my blog. Please pray for my daughter ya.

SHUKRAN JAZILAN.....

July 16, 2008

11.07.2008 (Friday) ~ Zarra Warded at Batu Pahat Hospital

Malam the day she's Warded (Hospital Batu Pahat)
Salam...


Rasanya macam dah lama x update blog aku ni. Malam ni baru berkesempatan aku in here. Last Friday I went back to Air Hitam Johor. Kampung ku tercinta sebab bonda kesayangan nak buat kenduri kesyukuran + Harraz (anak buah yang selalu gaduh ngan aku) khatam Al-Quran. Aku sampai Johor around 11am with my family & my sis Lenda. Zarra memang dah 2 hari demam, flue & batuk. So petang tu she's getting worse. Sent her to Klinik the Dr. Advised to send her to Hospital. Suspect jangkitan kuman kat paru-paru dia. So malam dalam pkl 9pm I brought her to Hospital Batu Pahat for further check up. Thanx to My sis Zaida & her Hubby Abg. Jasmin sbb hantar we all to the Hospital even sibuk uruskan preparation Majlis Khatam Quran Harraz (Parents Harraz ni). Malam tu gak Zarra admitted due to her bad condition. Ya Allah!!! nak luruh jantung aku. Malam tu juga ambik X-Ray and Buat suction sebab dia susah nak breath. After pakaikan oxygen dia pon tidor. Aku x bleh nak tido dengan condition dia macam tu. Ya Allah berikan kekuatan padaku.


July 11, 2008

ZARRA ~ BRONCHOPNEUMONIA ATTACKED

Nabulizer on her.

July 14th. 2008 (Monday)

- Zarra's condition getting better. Alhamdulillah.. senang hati aku mendengarnya. Tapi still on oxygen & Nabulizer every 4 hours. Ok la atleast ada improvement.
- Thank you to MyLove yang sentiasa beri kekuatan dan sabar dgn kerenah aku yang kekadang angin tak menentu. Oh ya We all jaga Zarra ikut shift. My Hubby Shift siang.. Aku Shift malam... Adilkan!
- Still x bleh transfer ke Hospital Selayang. My family datang visit her.
- Petang Dr. Bgtau esok pagi aku bleh transfer ke Hospital Selayang. Yahoo!!!!
- Malam ni Zarra X nyenyak tidor merengek sbb hidung nga tekak byk phlegm. Dia x nak di letak kat katil langsung. Hanya lelap bila ku pangku. Hingga pkl 4 am. atlast aku beritahu nurse yg bertugas, Dia buat suction kat Zarra pastu baru dia tido. Syukor!

My poor baby supporting by oxygen

July 13th, 2008 (Sunday)

- Happy Birthday to me. This year x harap apa2. My only wish is My little princess get well very soon. Itu adalah hadiah yang paling bermakna bagiku. But hp aku x henti di datangi birthday wish from org2 tersayang di sekeliling ku. Thank you guys.
- Zarra's condition still x berubah. Aku hanya mampu berdoa agar dia getting better. Aku redha dengan dugaan yang Kau berikan pada ku Ya Allah. Semoga dugaan ini menjadikan aku insan yang lebih tabah. Walaupun adakalanya x dapat ku bendung Airmata seorang ibu apabila melihat anak kecilku yang belum mengenal apa-apa terpaksa menanggung kesakitan ini. Waktu ini ku pinta agar Kau jadikan aku sebagi galang gantinya. Hanya Kau Yang maha mengetahui Ya Allah.

July 12th, 2008 (Saturday)

- Dr. diagnose yang Zarra kena Bronchopneumonia atau lebih dikenali dengan radang paru-paru. So Dr. Start antibiotic on her. Nabulizer every 1 hour & supported by oxygen.
- Dia asyik merengek je. Still hard & fast breathing.
- From the X-Ray Dr. Kata The both lung infected. But the right side more infected by Bacteria durjana.
- Aku minta Dr. transfer ke Hospital Selayang, tapi Dr. not allow because her condition still weak. nofe safe for her for long journey.

July 9, 2008

Fever Day!

Today both of my princesses having fever. Its tiring. Dorang merengek je. Kesian anak2 ku. x de gelak tawa.. especially Damia yang non stop asking itu ini. Klu time sihat, x menang tangan nak layan kerenah dia... active tak ingat! 2, 3 hari ni... slow la skit.. kiranya dia charge battery la tu...or dalam kata lain "under construction"... heee.heee... Untuk cinta hati ummie, Get well soon ye sayang.

" Nur Zarra Iman In Action"

~ Nur Zarra Iman
~ D.O.B: Feb 22nd, 2008
~ Day: Friday
~ Time: 1.25 p.m
~ Location: Damai Service Hospital, Tmn Melawati, KL.
~ Weight: 3.2 kg





Zarra, age at 23 days.




~ You Light Up My Life ~







<- Merenung Masa Depan...





Makhluk Tuhan Paling Seksi



Zarra, age at 4 mths ++

"Yahoo! Saya dah pandai meniarap laaa..."










Virus Attack!!!!!!

Tolong!!! Pen drive aku di attack virus!!!! *tuutt* punya virus!!!! Ini sumer gara-gara nak buat amal... Tapi akhirnya membawa lara.... Aku dengan sincerenya nak installkan avast anti-virus kat laptop My sis Lenda.. Install x bleh plak... Pen drive aku plak yang jadi mangsa. Dengan cargas aku scan virus kat desktop aku plak... Perghh!! dengan rakusnya Sang Trojan memamah folder-folder yang ada sumer gambar kenangan. Luruh jantung ku. Sumer gambar kenangan aku tetiba "MIA" bila aku click infected folder move to chest. Panik sekejap. Usha punya usha, aku godeh sana godeh sini rupanya folder tu sumer ada kat hidden folder. Tapi aku tak pasti statusnya sakit kronik ke tak. Aku tak reti bab2 IT ni. So I'm decided to ask help from IT master kat opis ku tercinta.. sapa lagi klu bukan Yusry. Mata pon dah ngantukz, last nite tidor lewat sebab Damia still demam till tonite pon tak kebah lagi. So "OYASUMINASAI".........

July 7, 2008

Moody Monday

This morning when I woke up.... terkezut kejap... tengok luar dah cerah.... Alamak!!!!! This is not good, aku terlambat bangun... Ni gara-gara Damia demam last nite. Terpaksa bangun 2, 3 kali to check on her temperature. Sian dia.... Eh! aku yang bangun ke my hubby ek?!? ala.. tak pe laa... sama gak sesaper pon yang bangun.... Aku plak ngan wisdom tooth nak tumbuh.... Adusss sakitnya... sampai migrain aku dibuatnya.... So, jangan la arini ada sesapa yang cari pasal ngan aku ek!! Aku ni Iman sehalus kulit bawang..... Ya Allah! berikan aku kesabaran yang lebih skit arini... Amin..... Nak upload gambar kat blog ni... asyik pending je.... Masa mood tengah mari, pen drive plak tertinggal kat office. Banyak betol pancaroba nak buat blog ni... Tapi takpe laaa... Slowly but lovely... katanya. hee..hee

July 4, 2008

Damia & Futsal

Yesterday, after work aku trus ke Jusco nak cari Sport Shoe for Damia. Ye la nak ikut my sis, Lenda pergi main futsal kat Ampang Sport Planet. Cari Sport Shoe Adidas.. comel tapi last pair la pulak... display item pulak tu. Ada gak berkenan yang lain.. blink-blink tu, tapi harga plak tak brape nak kenan... hee..heee... Usha punya usha... kira baeekkk punya usha, finally dapat gak yang berkenan di hati ... As usual, Barbie Sport shoe. Ala-ala glitter gitu. Aku pon tak sure dia ni nak pergi ikut main futsal or nak buat show kat situ. Siap dah jogging kat umah.. exercise katanya. She so excited. Last-last lepas balik dari futsal dia complain x dapat main futsal kat dalam futsal court. Haaa...haaaa.. dia ingat dia dah big enough to join the game.... Rupanya jadi pom-pom girl je kat tepi.. Tak kisah laaa.. as long she's happy.

July 3, 2008

" Nur Damia Iman In Action "

Inilah Damia. Pantang nampak camera.. mesti nak posing... 3... 2... 1.... Action!!
Lihat perut ku... rampingkan..
Ballerina To Be
Anak sapa la yang comel ni? ;D
"Sporty"
Klu dah ngantuk, kat memana pon bleh tidor. Gaya tetap vass.
My Adorable Princess.
Semoga jadi anak Solehah.
Gaya sakan.

Moshi-Moshi

I just came back from Segambut. Bawak my 2nd little princess "Nur Zarra Iman" (she's only 4 mnths age) pergi urut. It almost 2 weeks dia meragam... Nangis je.. Rupanya tangan kanan dia terkehel. My poor baby. ummie x notice laaa sayang. Lepas kena urut terus dia colapse. Ngantuk sesangat gamaknya. Ye la lama gak dia practice vocal tadi. Anak ummie cepat sembuh ye. Oh ya lupa nak habaq.. hidupku di warnai dengan kehadiran 2 adorable princesses. The 1st one is Nur Damia Iman. She's 4 years old. Dia ni obses giler with Barbie doll & Disney princess character, such as The Little Mermaid, Cinderella, Repunzal, Mariposa, Snow White. She's so cute walaupon kekadang menguji kesabaran ku yang tak berapa nak tebal ni... Huu...Huuu... They're my bundles of joy. Tak lupa jugak My dearest hubby...Alamak apasal bila tulis my dearest hubby jek rasa macam kena current ni?? heee..heee... anak cina makan pengat, sindri mau ingat... Shhhh jangan cakap orang tau... rahsia.... " No love could be deeper than my love for you".... Alamak!!! terlebih sudah!!

" BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOA KU "

" Bila Allah cepat makbulkan Doa ku, Maka DIA Menyayangi ku, Bila DIA Lambat Makbulkan doa ku , Maka DIA Ingin Mengujiku, Bila DIA Tidak Makbulkan Doaku, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukku. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. . "