Intro

Salamzzz.....

I dont know where to start in this blog. So aku ambik keputusan... just write in whatever yang terlintas di fikiran... So pasrah abadi je la ek dengan apa yang aku tulis....

* You & Me -> Them *

October 24, 2008

Pose time

Lepas balik umah dari open house umah Maziah, aku saje la tengok balik gambar yang aku amik kat umah dia.. pastu Damia join skali tengok, then dia kata" Ummie, akak nak amik gambar ummie, cepat laa!" aku pon malas nak dia ulang cakap 2-3 kali, so aku jawab ok je laa... furthermore aku nak gak show off my new hair .. huhuu

"Owatta"

Open House at Maziah's house

Aku ni baru balik dari open house kat umah Maziah... Agak panik gak la nak cari umah dia sebab kat email dia bagitau umah dia no 14 .. tapi bila sampai kat depan umah no 14, tutup jek macam takde orang.. dalam hati terdetik.. open house cancel ke?? pastu try call K. bada, dia kata dia dah sampai. Rupanya Maziah tersilap tulis no. umah, bukan 14 but 44... Ishh no umah sendiri pon lupa makcik ni tau... Nasib baik jumpa! We all dijamu dengan mee hoon yang x dapat dikenal pasti namanya. Yang penting ianya sedap. Ada popia otak-otak, swiss roll, sandwiches, nugget & crab stick, air lai chee kang version maziah & ice cream for dessert.
Thanx maziah for the yummy food! Next year jangan lupa ajak we all lagi ek!

October 21, 2008

Kawan Menjadi Lawan

Dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari
Kita tidak pernah menjangka apa akan terjadi
Sehingga Ia benar terjadi dan kita tersedar BAHAWA:
Kawan bisa Menjadi Lawan, Lawan bisa Menjadi Kawan
Kawan bukan untuk di Lawan, Lawan harus dijadikan Kawan
Kawan dan Lawan harus Menjaga Kesetiakawanan dan Kesetialawanan
Kawan dan Lawan harus Bertujuan Melawan Ketidakadilan
Walau pun
Tidak ada Lawan yang Abadi
Tidak ada Kawan yang Abadi
yang Abadi hanya Perubahan
Perubahan untuk Membawa kearah yang lebih baik, maju dan bermartabat,
Sehingga layak di gelar SAHABAT...
"Hanya sekadar pandangan"

October 19, 2008

Minum petang di YIK MUN (The Famous Tanjung Malim Pau)

Nak tau we all ke mana?? We all melencong ke YIK MUN the famous Tanjung Malim Pau). Selain Aufa, Azuan & Bro Uzzey pon ada gak sebab dorang car pool ngan Aufa. Dalam kenyang la kononnya sebab makan banyak kat umah Kak Ita tadi... tapi, bila pau dah di depan mata.. memasing.. sindri mau ingat laa ... pau dia memang Yummy!!! Especially Pau Daging & Pau Ayam... I likeee!!... siap tapau lagi tau.... I'm sure I'll come back soon for the Pau!
Hujan lebat menemani sepanjang perjalan kami pulang ke KL..... Penat! Tapi enjoy!!!!!!

FIN!

Open House Ala-ala Kampung! Best!!

Hari ni as per planned since last week, we all ( refer to my & ex- officemate Yusry & partner, Azim & partner, K. Azwa & family, K. Bada & family, Aufa, Azuan & partner Uzzey, Sulaiman & Salman. AKu plak pergi satu family + Lenda) pergi beraya kat umah Kak Ita di Behrang Station, Behrang. Sesampai je kat sana aku tengok... penuh satu meja makanan ala-ala kampung. Ada ikan talapia goreng, ikan keli goreng, yang masak lemak cili api pon ada, pecal, ikan cencaru masak cili sumbat, kari daging campur umbut pisang... wah!!!!! tak hengat sumer yang datang makan.. memang heaven.. terbayang2 sumer makanan tu skang ni. huu..huuu....
Lepas abis makan, rehat jap beborak ngan dorang sambil merenggangkan pewot yang dah agak ketat. Tak lama pastu we all sumer membuat lawatan secara berirama ke kolam ikan K. Ita. Dia ada buat kolam ikan talapia & ikan keli. Sempat gak la darling ku memancing. Dapat gak 2-3 ekor ikan. Walau pon cuaca tersangat panas dan berpeluh tak ingat... we all sumer really enjoy the moment... Yang masa sampai sumer muka cecomel & anggun.. dah berpanas kat tepi kolam tu.... yang comel jadi comot, yang anggun dah macam unggun gak! ahakz!!!

Dah puas kat kolam and Zarra pon dah start meragam kepanasan & kepenatan. So aku pon beransur ke umah K ita. Sementara tunggu kengkawan lain balik dari kolam tu aku sempat la tidokan Zarra & menikmati lempeng pisang & cekodok yang kak Ita buat. Another YUMMY!!!!

We all depart dari umah Kak Ita dalam pukul 5 lebih petang. To Kak Ita & family, thank you so much the very nice treat. tapi aku tak terus balik KL... ke mana bacala the next post....

October 13, 2008

Cinta ke? Bila....

Cinta ker? Bila ...

Anda rasa berpeluh2, berdebar2 & sukar untuk berkata2 bila berdepan dgn si dia?
Tu bukan cinta,tapi SUKA ...

Anda pilih si dia coz si dia sentiasa berada di sisi?
Tu jugak bukan cinta, tapi KESEPIAN ...

Anda sanggup bersama dia coz rasa bertanggungjawab?
Tu bukan cinta, tapi KESETIAAN ...

Anda terima kesilapan si dia kerana anda rasa caring?
Tu bukan cinta, tapi PERSAHABATAN ...

Anda bagitau yang si dia satu-satunya insan yg disayangi?
Tu bukan cinta, tapi PEMBOHONGAN ...

Anda sanggup tinggalkan ape je minat anda demi si dia?
Tu bukan cinta, tapi sekadar AMAL ...

Adakah cinta namanya kalau anda terima si dia atas sebab tak nak melukakan?
Bukan,tu namanya SIMPATI ...

Dah tu CINTA??
Tepuk dada, tanyalah hati…

October 6, 2008

BBQ on 2nd Hari Raya 02/10/2008

Malam Raya kedua we all buat BBQ yang dah menjadi kemestian every raya. As usual makan yang sangat happening, kambing dua ekor, pelbagai jenis ikan yang aku tak berapa tau namanya etc. Kebetulan the next day birthday anak sedara aku, Aizat. So we all planned nak kenakan dia kaw-kaw punya... tak caya tengok laa.... Happening bila sumer dah berkumpul. So tepat jam 12.ooam....tak hengat dia kena baling telur ngan tepung.. huu..huu..huu.. Takkan dia nak marah kan? Ucue dia yang do the ceremony (pemecahan telur).. Ahakz..

My big family

Anak-anak buah kuWith Sis ke-4 -Cik ArahBirthday Bash!! Ahakz!

Hari Raya Pertama

Syukur Alhamdulillah, berjaya aku menunaikan ibadah puasa dan masih dapat aku menikmati suasana hariraya. Tahun ni aku beraya berempat dan 1st time Zarra sambut hari raya. Agak kelam kabut gak la nak siapkan Damia & Zarra. Lepas siap kemas umah aku siapkan anak-anak dara sunti ku. Sementara darlingku pergi sembahyang raya, aku tolong emak prepare juadah untuk santapan kami sekeluarga. Petang skit sumer adik beradik aku yang ada berkumpul... Sempat gak la posing- posing maut lepas acara bermaafan. bagi yang banyak dosa tu bertangis-tangisan la.. aku syahdu skit je... sebab dosa kat dorang cuma suam-suam kuku jek.. ahakz!

Suamiku tercinta
Bondaku tercinta

Ayahandaku tercinta

Damia yang kepenatan

Bersama Zarraku sayang

Sistersku tercinta

Anak2 buahku

Aku

Juadah Hari Raya


" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN"