Intro

Salamzzz.....

I dont know where to start in this blog. So aku ambik keputusan... just write in whatever yang terlintas di fikiran... So pasrah abadi je la ek dengan apa yang aku tulis....

* You & Me -> Them *

November 30, 2011

:: SEJENAK KEHIDUPAN ::


SEJENAK KEHIDUPAN

Setiap nafas yang kita sedut
Setiap lafaz yang kita sebut
Siapakah mengizinkannya
Siapakah kita?apakah kita?
Berapa banyak dosa?
Berapa banyak pahala?
Betulkah kita?
Sempurnakah kita?
Sejauh mana kita mengingatiNya
Sejauh mana kita menyempurnakannya
Dimana salahnya
Dari hati yang tidak dipelihara
Berusahalah agar menemui bahagia
Bersatulah agar kita berjaya
-------------------------------------------------------------------------
SEJENAK KEHIDUPAN 2

Ada masa kita tertawa,
Gembira rasa
Ada masa kita kecewa
Kita tak suka, kita dukacita
Tapi kita tempuh juga
Sedikit masa ke sedikit masa
Asalnya muda nanti pasti tua
Untuk apa, untuk siapa
Kita tak mahu tahu, kita lalui sahaja
Kerana kita ada caranya
Mengikut fikiran dan nafsu jiwa
Tapi nanti masanya kan tiba
Dah tak dapat nak kembali masa yang lama
Kenapalah Kita merugikan masa
Sedangkan Dia sentiasa bersama
Anugerah dilimpah setiap masa

-------------------------------------------------------------------------------
RUKUN KEDUA

Rukun Islam lima perkara
Perlu di sempurna semasa di dunia
Tapi mengapa kita tak tunaikannya
Apakah sebenarnya yang bermain di dalam kepala
Lebih khusus soal solat yang ingin ku bicara
Tak perlu ku sebut kita sudah tahu ia tiang Agama
Tapi masih kita ambil sikap sambil lewa
Apakah terputus terus hubungan kita dengan yang Esa
Cuba lihat anak kita siapakah yang mengurnia
Cuba lihat sekeliling apa yang kita ada
Bagaimanakah kita mampu peroleh semua
Tak mahukah kita berterima kasih padaNya
Bukankah kita ini lemah sentiasa perlu meminta
Apakah bila susah sahaja baru kita luangkan masa
Tunaikan solat dan hiduplah bersama denganNYa
Yang menunai janganlah cepat lega
Kerana solat kita takkan sempurna
Perbaikinya dari masa ke semasa
Yang mana tertinggal qada'lah ia
Kerana ia mungkin akan menjadi punca
Terhalang kita dari menjejak syurga
Dianggap masih berhutang kepada yang Esa
Tidak cukup ISLAM kerana rukun tidak sempurna

No comments: